Skim Rumah Pertamaku Tidak Relevan Untuk Semua Golongan
Adakah ini yang golongan muda inginkan? Aku sabagai salah seorang rakyat Malaysia yang masih berada dalam kategori ‘muda’ berasakan bukan ini yang sesuai untuk menarik minat golongan muda menghargai UMNO/BN dan seterusnya mengundi mereka pada Pilihanraya Umum akan datang
Cuba baca petikan yang aku bold dari laman Pakdi yang aku ceduk dibawah.
Perdana Menteri: Golongan muda bawah 35 tahun, gaji kurang RM 3,000 sekarang dapat beli rumah antara RM 100,000 – RM 220,000 tanpa perlu bayar deposit 10%.
Cagamas: Kami jamin bayar bank 10% dari jumlah pembiayaan pelanggan sekiranya ada kes ‘default’ (tak bayar hutang).
Bank: Kami tetap buat penilaian kredit pelanggan seperti biasa. Hanya yang layak sahaja akan dapat.
Persatuan pemaju hartanah: Dato Seri, sila jadikan skim ini dapat beli rumah berharga setinggi RM 350,000.
Orang muda 1: Kad kredit dah ada, kereta dah beli, hutang peribadi dengan bank lagi, boleh apply ke?
Orang muda 2: … ? … ! @#^^… ah, beli handphone baru lagi best.
Pembangkang: Ini semua gula-gula politik nak tarik golongan muda undi diorang la tu.
Orang muda 3: Inilah kesan tak guna dinar emas. Bank makin kaya. Rakyat makin berhutang.
Orang muda 4: Alhamdulillah, duit simpanan untuk duit deposit beli rumah pertama dah boleh guna untuk beli rumah kedua.
Post ini bukanlah bertujuan untuk berpolitik namun hakikatnya bagi aku dan isteri yang sudah bekerja lebih 3 tahun duit deposit bukan lagi satu masalah yang sangat besar. Tetap bermasalah tapi bukan masalah yang sangat besar. Faham?
Bagi aku lebih baik kerajaan berusaha untuk mengawal harga rumah. Itu lebih penting berbanding memberi pinjaman 100% dengan harga rumah yang sangat tinggi. Kalau dibandar besar rumah jenis apa yang boleh dibeli dengan RM220 000?
Sama ada rumah teres setingkat atau rumah flat atau apartment yang berkeluasan tidak lebih 1300 kaki persegi? Mungkin lina tahun pertama tiada masalah kerana anak masih tiada atau masih kecil. Setelah 10 tahun berumah tangga dan anak-anak telah membesar sudah pasti rumah yang dirasakan besar suatu ketika dahulu menjadi semakin kecil.
Anak-anak tidak lagi selesa berada di dalam rumah. Masa ini baru mula mencari rumah yang lebih besar dan ketika ini mungkin rumah dua tingkat menjadi pilihan dan tidak mustahil berharga RM500 000!
Pada waktu ini adakah kerajaan akan menawarkan skim yang sama kepada anak muda yang hidup pada zaman itu?
Soal utama disini ialah pengawalan harga rumah. Bukannya soal pembiayaan.
Sekali lagi aku mencedok dari laman blog Bebas Hutang mengenai maklumat Skim Rumah Pertamaku.
Key Features and Benefits
- Up to 100% financing
- Residential property only
Qualifying Criteria
Eligible Borrowers
- Malaysian citizen
- First time home-buyer
- Individuals up to age 35 years
- Single borrower gross income not exceeding RM3,000/month
- Confirmed employee with minimum employment of 6 months with same employer
- Generally, repayment amount must not be more than 1/3 of monthly income. This may be increased to a maximum of 50% in the event of additional credit mitigating factors as permitted under the participating bank’s existing underwriting policy.
Eligible Properties
- Residential properties located in Malaysia
- Minimum property value of RM100,000
- Maximum property value of RM220,000
- Owner occupied (buyers are required to reside in the property)
Financing Requirements
- Financing tenure not exceeding 30 years
- Amortising facility only (no redrawable features)
- Installments payable via monthly salary deduction or standing instruction
- Savings record (3 months installment liquidity reserve)
- Compulsory Fire insurance/takaful
How to apply
- Application for financing under the Scheme can be made at the nearest branch of the participating banks.
For more details and FAQ, visit www.srp.com.my
Master in OSH Management
Kalau sesiapa yang masih belum tahu apa itu OSH. OSH ialah singkatan kepada Occupational Safety and Health. Bidang yang baru aku ceburi.
Kalau sebelum ini aku ada perkatakan mengenai niat aku untuk ambil Master di UKM namun niat itu terpaksa ditangguhkan kerana modal yang diperlukan sangat tinggi. Setelah berfikir dan kekangan kewangan yang seberapa banyak akhirnya aku niatkan untuk ambil Master in OSH Management yang di anjurkan oleh Universiti Utara Malaysia dengan kerjasama National Institute of Safety and Health.
Walaupun kosnya tidak setinggi sepertimana aku jelaskan sebelum ini namun jumlahnya agak besar. RM 13,782.00 untuk pengajian 3 semester yang memakan masa selama 18 bulan. Jika dibahagikan kos pengajian dengan tempoh kursus maknanya aku perlu membayar berjimat RM766.00 sebulan.
Mustahil? Aku rasa aku mampu untuk berjimat sebanyak itu.
Alternatif lain yang mungkin boleh mengurangkan beban pembayaran kos ialah dengan cara pengeluaran wang KWSP atau dalam bahasa jawanya EPF untuk membayar kos pengajian. Hasil pembacaan singkat aku di halaman KWSP menyatakan boleh mengeluarkan sepenuhnya atau sebahagiannya untuk membayar kos pengajian dengan syarat-syarat tertentu. Syarat yang berkaitan dengan aku: Kursus tersebut ialah yang dianjurkan oleh Institut Pengajian Tinggi Awam.
Aku tidak berjumpa pulak syarat yang meminta kursus tersebut mendapat akreditasi daripada Malaysian Qualification Agency (MQA). Aku sendiri tidak dapat mencari maklumat bahawa kursus ini telah mendapat pengiktirafan daripada MQA.
Kalau nak cerita pasal subjek yang ditawarkan, aku pernah dengar semua tu tapi faham belum tentu lagi. Banyak yang aku dengar semasa di kilang sawir di Segamat.
Walau apa pun aku berhasrat nak sambung Master dalam bidang ini selepas selesai aku pergi kursus Safety & Health Officer Certificate program yang ditaja sepenuhnya oleh company aku yang baik hati ni
Bendera Negeri Kedah Darul Aman
Oleh kerana blog kadar impressionnya tinggi untuk keyword Bendera Kedah, nah aku letak bendera Negeri Kedah Darul Aman untuk sesiapa yang nak download atau nak tengok camana bendera negeri kelahiran aku ni.

Selain itu disertakan sekali logo pasukan bolasepak Negeri Kedah.
Pasukan bola Kedah yang telah beberapa kali memengangi Pertandingan Liga Bolasepak Malaysia masih antara pasukan yang kerap kali menuju sehingga ke peringkat separuh akhir dalam mana-mana pertandingan bolasepak di Malaysia.
Mencari Penaja Ijazah Sarjana Pengurusan Keselamatan Industri.

Universiti Kebangsaan Malaysia
Tiba-tiba rasa ingin menyambung pelajaran ke ijazah sarjana memuncak. Dua kali perasaan nak menyambung pelajaran ini memuncak. Akhir sekali dalam tempoh dua minggu lepas.
Hajat nak sambung dalam bidang keselamatan dan kesihatan. Bidang yang baru aku terokai kat kilang baru aku di kawasan Pelabuhan Klang ini. Setelah dua tahun menjadi jurutera di kilang sawit, akhirnya aku dibawa ke bidang yang tidak pernah aku pelajari secara khusus. Hanya sedikit ilmu semasa di kilang sawit di Segamat dahulu.
Setelah aku mencari peluang pelajaran dalam bidang ini banyak maklumat yang aku terima. Antara yang paling menarik perhatian ialah Master in Industrial Safety Management yang dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia.
Antara sebab utama aku tertarik ialah kursus ini seperti mendapat ‘sentuhan’ dari pihak JKKP. Kelebihannya pelajar dalam bidang ini boleh terus mendaftar sebagai orang kompeten dalam Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan tidak perlu pengalaman tiga tahun sebagai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Bukan kelebihan ini yang aku harapkan, tetapi keistimewaan subjek yang diajar sehingga mendapat layanan istemewa daripada JKKP. Tetapi aku tidak pasti sama ada lulusan ijazah ini dikecualikan daripada peperiksaan berkaitan dan juga interviu dengan pegawai JKKP. Kalau dikecualikan…… Alhamdulillah
Setelah panggilan telefon aku ke UKM tidak berjawab dan seminggu menunggu pertanyaan aku di wall Facebook Pusat Kembangan UKM yang juga tidak berbalas, aku teruskan pencarian nombor telefon lain ke UKM dan dengan jayanya menembusi talian 03-89213895 setelah cubaan pertama pada talian 03-89213764 tidak berjaya diangkat warga UKM.
Setelah bersoal jawab maklumat yang aku terima agak mengecewakan.
Master in Industrial Safety Management ditawarkan oleh dua pihak di UKM; Pusat Pengajian Siswazah, UKM dan Pusat Kembangan UKM. Kursus dan isi yang sama tetapi kulit yang berbeza.
Pusat Pengajian Siswazah, UKM: Bayaran yuran kursus yang murah, iaitu sekitar +-RM1600 setiap semester dan pengajian adalah selama 3 semester dan jumlah keseluruhan ialah sekitar +-RM4800 sahaja. Sangat Agak murah bagi aku.
Pusat Kembangan, UKM: Bayaran yuran kursus yang sangat mahal, iaitu RM23,500 untuk bayaran penuh kursus.
Persoalan sekarang ialah kenapa jumlah yang sangat jauh bezanya?
Pusat Pengajian Siswazah, UKM mengadakan kelas pengajian kursus pada hari dan waktu pejabat bergantung kepada kelapangan pensyarah. Maksudnya kelas akan diadakan pada waktu aku sedang bekerja. Bermakna kelas seperti ini tidak sesuai untuk golongan macam aku. Golongan pekerja. Ada gaji tapi masih mahu belajar dengan kos yang murah rendah.
Sesuai dengan kosnya yang amat tinggi kelas yang dianjurkan Pusat Kembangan, UKM diadakan pada hujung minggu, iaitu Sabtu dan Ahad dan semestinya khusus kepada golongan pekerja yang tak sama macam aku. Golongan pekerja yang mampu untuk menampung kos pengajian yang amat tinggi. Waaaarrrrgggghhhhh……..
Sekarang masa untuk aku terus mencari mana-mana peluang melanjutkan pelajaran di universiti lain
. Terpaksalah melupakan UKM…..
Atau ada Tan Sri, Dato’ Seri, Dato’, Jutawan, Billionwan yang nak menaja pengajian aku?
Bank Grameen: Bank yang Melanggar Asas Perbankan
Artikel ini dipetik daripada BERNAMA.
Siapa pernah mendengar adanya bank yang sanggup meminjamkan lebih AS$10 bilion kepada golongan miskin tanpa cagaran, malahan kadar bayaran balik pula mencapai 98 peratus? Bagi mereka yang masih belum mendengar kisah Bank Grameen, pertubuhan kredit mikro pertama di dunia, ia sesuatu yang luar biasa.
Walaupun operasinya bercanggah dengan kesemua peraturan perbankan konvensional, Bank Grameen berjaya membebaskan ramai rakyat Bangladesh daripada kancah kemiskinan. Lebih mengagumkan lagi, ia sehinggakan memperbaharui pembangunan sosial dan ekonomi bukan sahaja dalam negara malah merentasi dunia.
Orang yang muncul di sebalik idea bank ini, yang juga pemenang hadiah Nobel, ialah Profesor Dr. Muhammad Yunus. Beliau yang juga Pengarah Urusan Bank Grameen, mengasaskan bank itu pada 1970-an semasa rakyat negara itu mengalami kebuluran.
Dan inspirasi itu muncul pada satu pagi tahun 1976, semasa beliau berjalan melalui sebuah kampung untuk ke universiti di mana beliau adalah profesor ekonomi.
“Saya didatangi seorang wanita miskin yang memberitahu bahawa beliau hanya mampu meraih keuntungan dua sen (AS) sahaja dalam sehari bagi sebuah kerusi buluh yang dihasilkannya, kerana beliau berhutang dengan peminjam wang. Peminjam wang itu memaksa beliau menjual barangannya pada harga yang begitu rendah sehingga beliau hanya mampu menikmati keuntungan dua sen (AS) sahaja setiap hari,” katanya.
Muhammad berkata, pada masa itu, beliau hanya perlu membayar peminjam wang berkenaan AS$1 untuk melangsaikan hutang dan membebaskan wanita itu daripada kitaran kemiskinan. Dan beliau lakukannya.
Kegembiraan dan kelegaan yang dirasai oleh wanita miskin itu memberi inspirasi kepada Muhammad untuk mencari lagi mereka yang lain, yang masih berhutang dengan peminjam wang berkenaan.
Beliau menemui 42 orang lagi dan hanya perlu membayar AS$27 sahaja untuk melangsaikan hutang di samping dijadikan modal untuk membeli bahan mentah.
Dengan jumlah wang itu, akhirnya mereka berjaya membebaskan diri daripada cengkaman hutang dan pada masa yang sama dapat menjual hasil produk kepada pembida yang menawarkan harga tertinggi. Ini telah membawa penambahbaikan ke atas status ekonomi mereka.
Di sinilah bermulanya laluan Muhammad untuk menubuhkan Bank Grameen yang menamatkan kitaran pendapatan rendah, simpanan rendah dan pelaburan rendah.
Muhammad berkongsi sejarah penuh inspirasi bank ini semasa satu majlis makan tengah hari di Malaysia baru-baru ini yang turut menyampaikan ucaptama bertema Perniagaan Sosial dan Pengurangan Kemiskinan.
Majlis makan tengah hari khas ini dianjurkan oleh Khazanah Nasional dan Akademi Pengarah Malaysia (Minda).
Bank untuk miskin
Grameen bermakna “luar bandar” atau “kampung” dalam bahasa Bangladesh.Ia menawarkan kredit mikro kepada penduduk miskin luar bandar di Bangladesh, supaya mereka boleh memulakan atau membiayai perniagaan dan meningkatkan pendapatan.
Muhammad berkata bank ini memberi pinjaman dalam jumlah kecil AS$200 setiap orang kepada 8.3 juta peminjam di seluruh Bangladesh dan pinjaman itu dibayar dalam bentuk ansuran bulanan.
Apa yang mengagumkan, walaupun bank ini meminjam kepada mereka yang hidup di bawah garis kemiskinan, ia berjaya mendapatkan semula sehingga 98 peratus daripada pinjamannya.
Profesor ekonomi ini berkata, prinsip asas bank berkenaan sejak ditubuhkan ialah bank harus sampai kepada rakyat dan bukan sebaliknya.
“Kita menemui kesemua 8.3 juta peminjam ini di pintu mereka. Mereka tidak perlu ke mana-mana. Kami bertemu dengan mereka setiap minggu dan menjalankan urusan perbankan di kediaman mereka.
“Ia satu tugas yang besar. Tetapi ia satu-satunya cara kita boleh menggalakkan mereka menjalankan urusan perbankan dengan kami, memandangkan lebih 97 peratus daripada peminjam kami adalah wanita. Jika anda meminta mereka datang ke pejabat kami, itu tidak akan berlaku. Lelaki akan ambil alih tugas itu memandangkan merekalah yang selalu keluar. Wanita lazimnya tinggal di rumah menguruskan keluarga,” jelas beliau.
Muhammad jelas dilihat mesra bercakap mengenai Malaysia dan hubungan beliau bersama Ketua Pegawai Eksekutif Khazanah Tan Sri Azman Mokhtar. Muhammad telah banyak kali melawat Malaysia, walaupun sebelum idea Grameen bermula di luar Bangladesh.
“Malaysia bagaikan kediaman kedua saya. Sebenarnya, kali pertama idea Grameen diperkenalkan di luar Bangladesh ia adalah di Malaysia, dengan yang pertama di Pulau Pinang,” jelas beliau.
- BERNAMA
Bilakah masanya kita akan berjasa kepasa masyarakat setempat? Yang dalam tidak sedar perbelanjaan seharian kita di universiti satu ketika dahulu adalah hasil titik peluh mereka yang membayar cukai dan secara tidak langsung digunakan sebagai sebahagian daripada pembiayaan PTPTN mahupun JPA atau MARA.
Hijrah Ke Hosting Baru
Setelah bertahun-tahun menggunakan khidmat hosting dari Melayu-Islam-Malaysia, kini aku sudah berhijrah ke hosting luar negara yang agak mahal
Tapi oleh kerana mengharapkan perkhidmatan yang lebih baik, tetap aku redah. Biar berhabis sikit tapi puas hati (harap-harapnya).
Inilah hosting terbaru aku
International standard hosting provider
Tapi satu persoalan yang belum terjawab. Bilakah akan aku menjana wang dari internet ini? Setelah menghabiskan duit membeli produk dari Kuntao Marketing, masih belum dapat menjana wang darinya. Mungkin perlu lebih fokus. Harapnya setelah berpindah ke rumah baru ni dapat lebih fokus menggunakan Kuntao Marketing ini untuk menjana wang melalui alam internet.
Cumanya, mampukah Celcom Broadband aku memuaskan kehendak aku dalam menggunakannya? mmmmmm
UPDATE: Akhirnya aku berpindah rumah lagi. Hosting terbaru www.baitulbytes.com
Update 1: Masalah Hosting
Masalah yang telah diadukan pada 18 Dec 2010 sehingga kini masih belum diselesaikan.
Jawapan yang diberi hanya
Kami sedang periksa masalah tersebut
Nampak gaya setelah menggunakan khidmat hosting ini setelah 2 tahun kini sudah tiba masanya aku meninggalkan perkhidmatan yang kerapkali menimbulkan masalah.
Peristiwa bercakap dengan bahagian khidmat pelanggan hosting ini yang sangat kurang ajar sepatutnya membuatkan aku sudah lama angkat kaki tapi oleh kerana ingin terus membantu sesama saudara menyebabkan aku memaafkan makhluk Allah yang satu ini. Namun bukan lagi kali ini. Selesai sahaja masalah ini, akan aku terus angkat kaki!!
Kenapa bukan sekarang? Cuba baca gambar yang aku attch tu? Hampeh!! Camana aku nak angkat kaki kalau awal-awal lagi dia dah kidnap fail-fail aku??!!
Masalah Hosting
Derma Menambahkan Rezeki
Menderma tidaklah sesusah mana. Yang penting ikhlas memberi. Nilainya tidak penting tetapi mahukah kita hanya menderma RM1 jikalau gaji sebulan mencecah RM5000?
Dimana penghayatan pengkisahan sejarah yang kita semu atahu bahawa para sahabat dahulu menderma kesemua hartanya ke jalan Allah sedangkan kita hanya menderma 0.003% sahaja dari pendapatan bulanan yang kita dapat dari bumi makmur milik Allah SWT.
Atau tidak cukupkah lagi janji Allah bahawa menderma akan dibalas dengan banyak balasan baik yang kita sendiri tak terkira. Menderma sebagai salah satu jalan membuka rezeki adalah salah satu balasan yang selalu didengari, tapi masih ramai yang ragu-ragu. Buktinya…….
RM1 daripada RM3000!!
Menambah rezeki sepertimana aku faham tak semestinya akaun simpanan kita bertambah hanya kerana menderma. Luaskan pandangan kita. Pentingkah kuantiti wang dalam simpanan? Adalah lebih penting jika “bantuan itu” sampai tepat pada masanya. Semasa kita terdesak dan memerlukan semasa itulah “bantuan” akan tiba. Ini yang lebih penting.
Kuntao Marketing

Satu lagi teknik terhebat daripada Tuan M***********. Permintaan daripada pencipta teknik ini agar tidak dihebahkan terlebih dahulu so aku sekadar menerangkan secara kasal dan umum apa yang ada dalam pakej Kuntao Marketing ini.
Secara ringkasnya pakej ini terdapat 3 sub pakej asas yang boleh menjana pendapatan melalui internet selain teknik-teknik yang telah semua orang sedia maklum.
Pakej pertama ialah Pakej Keyword, seterusnya Pakej Generator dan Pakej Template. Bagaimaimana ia berfungsi?
Pakej Keyword akan disediakan dengan kit untuk menjana keyword secara automatik berdasarkan keyword terhangat dan panas pada masa itu berdasarkan Google Trends.
Seterusnya Pakej Generator akan menyedut isi kandungan artikel berdasarkan keyword yang dijana oleh Pakej Keyword daripada laman Ezine, Google News dan Google ********. Seterusnya artikel tersebut akan di post secara automatik ke halaman web anda tanpa perlu anda configure laman tersebut.
Pakej Template pula menyediakan lebih 20 template yang penuh dengan kepelbagaian punca penjanaan wang yang akan menjana wang untuk anda berdasarkan artikel yang di post melalui Pakej Generator.
Tadaaaaa….
Wang akan mengalir masuk ke akaun Adsense, BidTraffic dan ****************** anda….
Dan yang penting beliau akan menyediakan berbelas video untuk membantu anda melakukan promosi laman web anda. Tiada lagi e-book yang membosankan dan yang terlalu idealistik. Semuanya ialah video teknikal atau step by step untuk melakukan segala-galanya secara mudah.
Yang penting anda mahu melakukannya. Bukan sekadar membeli, menonton video tutorial dan tidooooooooooooooooooooooooooooooooo…..





